Sadaqallahul’azim

Sadaqallahul’azim

Telefilem khas sempena Maulidur Rasul yang bertajuk 'Sadaqallahul’azim' bakal dilakonkan oleh Ungku Hariz, Husna Mustaffa dan ramai lagi pada Ahad, 9 Oktober 2022, jam 9.00 malam di TV AlHijrah, ataupun tonton secara streaming di Alhijrah Plus.

Sadaqallahul’azim

Waktu Siaran: Ahad, 9 Oktober 2022, 9:00 malam

Rangkaian: TV AlHijrah

Pengarah: Dato Jurey Latiff Rosli

Produksi: World Evolution Brain

Pelakon: Ungku Hariz, Husna Mustaffa, Anna Dahlia, Zaidi Omar, Razak Ahmad, Ezlynn Arifin


Sinopsis Telefilem Sadaqallahul’azim

Telefilem Sadaqallahul’azim menceritakan tentang Solihin, merupakan seorang peguam yang dikenali ramai kerana banyak terlibat dengan pembelaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan. Namun jauh di sudut hati, Solihin sedar bahawa kemasyhuran dunia tidak memberikan apa- apa jaminan. Hatinya kosong serta berasa kerdil kerana dia tidak tahu membaca Al- Quran. Solihin berbelah bahagi antara populariti dan tuntutan agama. Dia malu untuk belajar mengaji kerana takut popularitinya terjejas. 

Perkenalan dengan Iffah membuatkan Solihin berazam untuk memperbaiki kelemahan diri yang tidak tahu mengaji. Adakah dia benar-benar ikhlas untuk berubah ataupun semata-mata hanya untuk memenangi hati Iffah?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sadaqallahul’azim"

Catat Ulasan