Drama Nafsu Viu

Drama bersiri Nafsu merupakan siri Viu Original terbaharu terbitan Infinitus Productions diarahkan oleh Sein Qudsi. Menampilkan pelakon seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Khayrisyah Kemal, Nia Atasha serta Aqasha. Drama ‘Nafsu’ bakal memulakan tayangannya pada 27 Jun 2024 dengan dua episod terbaru setiap Khamis.

Penonton boleh menonton Viu Original Nafsu di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.


Drama Nafsu Viu

Episod: 8

Tarikh Tayangan: 27 Jun 2024

Penulis Skrip: Hadi M.Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail, Azhar Amirulhisyam

Pengarah: Sein Qudsi

Produksi: Infinitus Films


Watak Pelakon Drama Nafsu Viu

Kamal Adli sebagai Sam

Azira Shafinaz sebagai Dina

Aqasha sebagai Gusti

Khayrisyah Kemal sebagai Alia

Nia Atasha sebagai Suria

Zaii Omar sebagai Ustaz Firdaus

Ellie Suriaty sebagai Kamariah

Vanidah Imran sebagai Marina

Fahrin Ahmad sebagai Dr Azlan

Riezman Khuzaimi sebagai Tan Sri Hisham

Rosdeen Suboh sebagai Pak Attan

Yusuf Bahrin sebagai Zac

Steve Yap sebagai Foo

John Bear sebagai Khalid


Lagu Tema (OST) Drama Nafsu Viu

Tajuk: Kala Tiba

Artis: Marsha Milan

Komposer: Sein Qudsi

Lirik: Azan Addin


Sinopsis Drama Nafsu Viu

Drama Nafsu Viu menceritakan Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itu, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan. 

Namun hakikatnya, Sam mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tetapi dia menolak kepercayaan itu kerana padanya ia adalah satu sumpahan. 



Apabila Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta pertolongan mencari adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya bagi membantu Dina. 

Kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. 

Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Nafsu Viu"

Catat Ulasan