Filem Klepet Sinopsis

Filem aksi komedi 'Klepet' lakonan Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini.

Filem Klepet

Genre: Aksi Komedi

Tarikh Tayangan: 2024

Pengarah: Indra Putra @ Sanji

Produksi: Respected Citizen Sdn Bhd


Watak Pelakon Filem Klepet 

Aedy Ashraf sebagai Pali 

Nadhir Nasar sebagai Jani

Meerqeen sebagai Wadi

Darina Porhun sebagai Lola

Adlin Aman Ramlie sebagai Lawi

Joey Daud sebagai Yak

Eric Fuzi sebagai Jud

Hun Haqeem sebagai Sawi

Aeril Zafrel sebagai Hitman

Wawa Zainal sebagai Wawa

Namie Sym sebagai Rawi

Dalimawati sebagai Rora Mandoza

Fadhli Masoot sebagai Dr Jebat

Arfi Shah sebagai Arfi


Sinopsis Filem Klepet 

Filem Klepet mengisahkan Tiga orang sahabat Pali, Jani dan Wadi yang sedang menikmati percutian mereka bersama-sama Kumpulan Motorhome menjadi huru-hara dengan kedatangan Lola iaitu seorang gad raine yang melarikan diri daripada kumpulan penculikan (scammer) iaitu Yak dan Jud.Lo la dipukul pengsan oleh Pali kerana terkejut melihat kelibat Lola yang dipenuhi darah.

Dalam masa yang sama seorang pemain saksofon istimewa turut menyertai Pali, Jani dan Wadi yang telah ditinggalkan oleh band-nya. Hajat Pali untuk menyelamatkan Lola dengan membawa Lola ke klinik tidak dipersetujui oleh Wadi.


Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka terlanggar Hitman iaitu pembunuh misteri yang membawa wang tunai yang sangat banyak. Pali terlihat wang itu lalu mencurinya dan menyimpannya di dalam Motorhome mereka, ketika Hitman sedar dia mendapati wangnya dicuri oleh pemilik Motorhome tadi. Kini Pali, Jani dan Wadi diburu pula oleh Hitman.


Kerana takut dikesan mereka bertiga bercadang mencuci wang tersebut kepada seorang ketua sindiket haram iaitu Lawi. Namun keadaan menjadi huru hara kerana Wadi dan Jani telah salah memberi wang tersebut kepada orang yang salah. Dalam masa yang sama Lola tersedar dan melarikan Motorhome mereka.


Sehingga kesemua watak bertemu di antara mereka lalu bermula adegan kejar mengejar Motorhome tersebut. Hitman, Yak dan Jud. Rawi, Pali, Jani, Wadi dan Alfi mula mengejar Lola. Setiap da mereka mempunyai matlamat masing-masing.


Dapatkan Pali, Jani dan Wadi mengejar Lo untuk mengambil semula Motorhome mereka?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Filem Klepet Sinopsis"

Catat Ulasan